Entry: |+ Kepercayaan Tentang Wujudnya Makhluk Halus +| Sunday, August 30, 2009



Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Kategori ghaib ini kita bahagikan kepada dua, iaitu:

PERTAMA: Yg dinyatakan jelas dlm Al-Quran di mana kita sbg org Islam wajib mempercayainya spt kewujudan Tuhan sendiri; malaikat.. jin.. iblis/syaitan.. serta syurga/neraka
KEDUA: Yg tk jelas dan tk terang spt cerita HANTU org tua2 dulu kala.. mimpi ngeri.. halusinasi.. cakap2 org.. di mana ENTITI tersebut diberi nama/gelaran berdasarkan jasadnya yg kononnya dpt dilihat oleh individu 'bertuah' spt bomoh/dukun. Lalu wujudlah pontianak.. penanggal.. pocong.. langsuir.. toyol.. harimau jadian dll. Seterusnya menjadi fenomena mistik dlm masyarakat spt gejala Histeria.. org minyak..fobia.. saka.. dll..

Akan tetapi,

Rukun Iman
# Percaya kepada Allah
# Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
# Percaya kepada Malaikat-Malaikat
# Percaya kepada Kitab-Kitab
# Percaya kepada Hari Akhirat
# Percaya kepada Qada' dan Qadar

tapi tiada percaya kepada jin,iblis dan syaitan.

Tujuan saya hanya untuk mengelakkan aqidah kita daripada terpesong. Saya pun masih belajar dan kurang bijak lagi bab agama cuma berkongsi2 aja.

Hanya sekadar pandangan. Diperbetulkan jika salah.
~~(, ,)">o DeLiGhT3rD.IsHaTiKuS o<"(, ,)~~

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments