Entry: |+ Wuduk Zahir dan Wuduk Batin +| Saturday, August 29, 2009



Pada suatu hari isham menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya," Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara-nya tuan solat?"
Hatim itu berkata," Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isham bertanya," Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata," Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air."

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara.
1. BERTAUBAT
2. MENYESALI DOSA YANG DI LAKUKAN
3. TIDAK TERGILA - GILAKAN DUNIA
4. TIDAK MENCARI/MENGHARAP PUJIAN ORANG (RIAK )
5. TINGGALKAN SIFAT BERBANGGA
6. TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7. MENINGGALKAN SIFAT DENGKI

Seterusnya Hatim berkata," Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan mengadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh berwaspada dan aku rasakan."

1. AKU SEDANG BERHADAPAN DENGAN ALLAH
2. SYUGGA DI SEBELAH KANAN KU
3. NERAKA DI SEBELAH KIRI KU
4. MALAIKAT MAUT BERADA DI BELAKANG KU DAN
5. AKU BAYANGKAN PULA AKU SEOLAH - OLAH BERDIRI DI ATAS TITIAN " Siratal Mustaqim "
DAN MENGANGGAP BAHAWA SHOLAT KU KALI INI ADALAH SHOLAT TERAKHIR BAGI KU. KEMUDIAN
AKU BERNIAT DAN BERTAKBIR DENGAN BAIK.

" Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam sholat, aku faham makna-nya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan pebuh pengharapan dan
aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila di bandingkan dengan Hatim.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments