IsHaTiKuS
December 18th
Female
Singapore
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

free web counter
web counter

Visit MELAYU SINGAPURA

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, August 29, 2009
|+ Nabi Musa a.s menerima teguran dari Jibril a.s. +|

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seseorang wanita berjalan terhuyung hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita dan mencengkam. Tudungnya menutup
rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badannya yang ramping dan raut wajahnya yang ayu tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang sedang melanda hidupnya.
Dia melangkah terseret-seret mendatangi tempat kediaman Nabi Musa. Diketuknya pintu perlahan-lahan
seraya mengucapkan salam. Maka terdengarlah suara dari dalam," Silakan masuk."
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata," Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
" Apa dosamu, hai wanita?" tanya Nabi Musa terkejut.
" Saya sulit mengatakannya," jawap wanita cantik itu.
" Katakanlah jangan ragu-ragu." desak Nabi Musa as.
Maka wanita itu tersekat-sekat bercerita.
" Saya.. saya.. telah berzina."
Kepala Nabi Musa a.s. terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan.
" Dari penzinaan itu, saya pun latas hamil. Setelah anak itu lahir langsung saya cekik lehernya sampai mati." ucap wanita itu seraya menangis sekuat-kuatnya.
Nabi Musa as berapi-api matanya. Dengan muka yang berang. Dia mengherdik.
" Perempuan hina!! Pergi kamu dari sini. Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!!" teriak Nabi Musa sambil menjeling mata kerana jijik.
Perempuan berwajah sayu itu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh, segera
bangun dan melangkah pergi. Dia keluar dari rumah Nabi Musa as. Ratap tangisannya amat memilukan. Ia tidak tahu ke mana hendak mengadu lagi, bahkan tidak tahu hendak dibawa ke mana kakinya.
Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahatnya perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya," Mengapa engkau menolak seorang wanita yang mahu bertaubat dari dosanya? Tidakkan engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya??"
Nabi Musa terperanjat.
" Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril, " Betulkah ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang nista itu??"
" Ada," jawap Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian ingin tahu.
" Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina."
Mendengar penjelasan ini, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadap kembali kepadanya.
Ia megangkat tangan dengan khusyuk untuk berdoa memohon keampunan kepada Allah bagi wanita tersebut.
Nabi Musa as menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah
sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Bererti seakan-akan ia menganggap remeh perintah Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya dengan sungguh-sungguh bereti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu Maha
Kuasa serta ia pun ingin kembali berada dalam jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Posted at 11:03 am by IsHaTiKuS

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry